Health | Life | Clash



 Hypothyroidism

Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi. Kadangkala hati ingin terus hidup dalam kenangan.

Bukan mudah untuk melupakan. But life must go on.
Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa. 

'Terdengar lagu itu. Terlihat tempat itu. Semuanya akan mengingatkan kita tentang dia. 
Dan, kenangan.'

Tapi, perlu juga kita berfikir sejenak... 'sampai bila?'

Hilangnya cinta manusia, bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.

Pandang ia dari sudut positif. Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
[2:216]
Perkara paling penting ialah menerima kenyataan. Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi, dan masing-masing punya haluan sendiri.  Sentiasa mengingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik dan yakinlah bahawa kita akan menemui insan  yang lebih baik. Percaya pada ketentuan. Insyaallah, perkara yang baik akan terjadi.
Jika dia memang tercipta untuk kita, nanti dia pasti akan kembali. Sentiasa Redha dengan ketentuanNya.


“Allah has already written the names of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allah swt. HE will send her/him to you when you’re ready. It is only a matter of time”.

 Luka itu akan pulih seiring waktu

Cinta itu bukan untuk dijaga tapi perlu dibiar pergi...


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini

No comments:

Post a Comment